Assalamualaikum all!
Ya Allah lama giler kot blog ni bersarang tanpa sebarang post,hihi..
Actually saya baru je install blogger ni dalam smartphone
Ok lah saya nak share menu lunch untuk hari ini,lama dah kan tak share menu2..hihi..dulu selepas kahwin exited kau nak share,siap create album resepi lagi dalam FB . Siapa tak exited nak2 saya yg jarang duduk dapur masa bujang dulu but itu tak bermakna kau tak pandai masak ok? Trust yourself lah,hehe..
Taraaaaa!!! Ini dia ayam grill butter tadi,sedap dan menyihatkan..hehe
Kalau boleh guna ayam bahagian whole leg lah sebab juicy sikit n lembut,
Resepinya :
a) 2 ketul paha ayam (dibuang tulang kalau tak lambat masak di bagian dalam)
b) lada sulah
c) lada hitam tumbuk
d) Kicap cair
e) Garam
f) Gula (saya gantikan dengan Stevia)
g) Tepung jagung
h) Sedikit butter Butter
Kaedahnya :
1) Masukkan semua bahan a-g mengikut urutan ke atas ayam,sukatan agak2 .
Gaulkan sehingga sebati
2) Perap 1 jam (if kebulur sangat dalam 10-15 minit pun ok)
3) Cairkan butter dalam kuali dengan api kecik takperlu banyak macam minyak masak,dalam 2 sudu besar gitu
4) Grill ayam sampai masak/keperangan
(Kalau boleh guna kuali non stick or pemanggang ajaib tu lagi cepat)
Alhamdulillah siapppp dan sesuai juga digunakan untuk nasi ayam,nasi lemak n etc,saya makan dengan bayam hijau tumis air tadi..☺