Pages

Friday 21 November 2014

Ayam Grill Butter Ala2 Atkin Diet

Assalamualaikum all!

Ya Allah lama giler kot blog ni bersarang tanpa sebarang post,hihi..
Actually saya baru je install blogger ni dalam smartphone

Ok lah saya nak share menu lunch untuk hari ini,lama dah kan tak share menu2..hihi..dulu selepas kahwin exited kau nak share,siap create album resepi lagi dalam FB . Siapa tak exited nak2 saya yg jarang duduk dapur masa bujang dulu but itu tak bermakna kau tak pandai masak ok? Trust yourself lah,hehe..

Taraaaaa!!! Ini dia ayam grill butter tadi,sedap dan menyihatkan..hehe
Kalau boleh guna ayam bahagian whole leg lah sebab juicy sikit n lembut,��

Resepinya :

a) 2 ketul paha ayam (dibuang tulang kalau tak lambat masak di bagian dalam)

b) lada sulah

c) lada hitam tumbuk

d) Kicap cair

e) Garam

f) Gula (saya gantikan dengan Stevia)

g) Tepung jagung

h) Sedikit butter Butter

Kaedahnya :

1) Masukkan semua bahan a-g mengikut urutan ke atas ayam,sukatan agak2 ��.
Gaulkan sehingga sebati

2) Perap 1 jam (if kebulur sangat dalam 10-15 minit pun ok)

3) Cairkan butter dalam kuali dengan api kecik takperlu banyak macam minyak masak,dalam 2 sudu besar gitu

4) Grill ayam sampai masak/keperangan
(Kalau boleh guna kuali non stick or pemanggang ajaib tu lagi cepat)

Alhamdulillah siapppp dan sesuai juga digunakan untuk nasi ayam,nasi lemak n etc,saya makan dengan bayam hijau tumis air tadi..☺


Terima Kasih

Thursday 14 August 2014

Resepi Cookies : Sarang Semut Milting!

Assalamualaikum WBT

Lama tak buka blogwalking,apetah lagi nak tulis blog..nak ikutkan banyak je nak diceritakan disini =)
ok lah,saya ingin kongsikan satu resepi ni taw,serius sangatlah sedap cookies ni,dannn tanpa menggunakan sebiji telur pun! resepi agak simple dan yg alergic telur pun boleh makan atau yang sedang berpantang tu..hehe

Semua orang mempunyai kegemaran biskut raya masing-masing,yang paling famous adalah kuih tart,samperit,almond london,kuih bangkit,biskut choclate chip dan banyakkk lagi lah..
Saya dan adik beradik sangat suka dengan sarang semut ni,resepi tradisi keluarga pula tu..pergi mana-mana tempat memang tak sama rasanya,sebalang besar sehari pun boleh habis! jadi saya nak kongsikan resepinya :)

rupa kuih sarang semut ;) original punya saya yang buat,hehe

SARANG SEMUT BY NURHANISKAMARUDIN

1 Cawan Tepung Jagung
1/2 Cawan Tepung Gandum
15 Sudu Kecil Susu Cair 
3/4 Cawan Buttercup (170g)
1/2 Sudu Kecil Esen Vanilla
1/2 Cawan Gula Halus (if tak suka manis boleh kurangkan)
Coklat Rice
Paper Cup kecil

CARA-CARA

1) Masukkan buttercup dan gula,sebatikan. Dan masukkan Esen Vanilla. 
2) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum dan uli sehingga menjadi adunan (saya pakai tangan sahaja)
3) Simpan ke dalam peti sejuk seketika dalam 15 minit.
4) Sagat adunan sedikit demi sedikit dan masukkan ke dalam paper cup menggunakan 2 sudu kecil,taburkan coklat rice

**Bakar selama 15-20 minit (mengikut oven masing),api atas bawah,suhu 130
Rupa adunan setelah dikeluarkan dari peti sejuk ;)

Hasilnya setelah disagat,n masukkan ke dalam paper cup! ;)


OK dah siap! jangan lupa try ok? nanti kalau jadi update lah kat saya..hehe,selamat mencuba!!! =)
Wassalam~





Terima Kasih

© By Nurhanis Kamarudin | Template Designed By Blog Bingkisan Hati