Thursday, 11 October 2012

Milik kitakah "Mahligai Bahagia" itu??

Assalamualaikum wbt.

korang ape khabar? now banyak paper nak kena right..huhu..memang banyak,harap kerja2 kewangan sekolah pun xbanyak sekarang ni,xmenang tgn n jd cam robot bila dh byk keje..nak rehat pun cam xsempat even aku rehat jgk..hehe..klu x,stressss la jadinye..=)

Nway,thnx a lot kpd kwn2 yg sudi baca entry sy yg lepas..ada yang terkesan n sebak baca entry sy..ape2 pun sy tetap mohon pd Allah supaya dberi semangat..perkahwinan xseindah biasa..ada suka dan duka..rase macam belum cukup kuat untuk menghadapi semua ni..tp,kekuatan tu kena dibina kan? setiap perkahwinan ada liku2 tersendiri..setiap hari adalah proses perkenalan bagi kami,bkn kita dah tggal serumah br kita betul2 kenal pasangan kita..xsama sekali,sb ape sy ckp camtu? sb manusia ni akan berubah hari demi hari,kdg2 elok kdg moody,yg mane tabiat buruk pasangan kita yg kita tahu mgkin pasangan kita boleh mengubahnya demi kebahagiaan bersama kan?betul x? hati n iman manusia kan berubah2..so hari2 adalah hari bertaaruf k?.. =)

ya Allah..adakah "mahligai bahagia" itu milik kita? kita yang mendekokannya..yeah! "mahligai" itu telah disediakan untuk kita,tetapi "bahagia" kita sendiri yang mencorakkannya dan sentiasa "update" perkara yang dapat mengindahkannya..seperti rumah kita,kalau kosong agak2 menarik x? klu rumah dah kotor,kelengkapan dah rosak agak2 selesa x? kalau rumah dah berlumut agak2 meriah x?hihih...rumah kita haruslah ada anjakan dan perubahan,barulah sedap mata kita memandang dan xserabut..camtulah jgk mahligai bahagia yg kita impikan,perlukan perubahan dan penambahbaikan jika ingin bahagia bersama..sy sbnarnye xlayak nk ckp hal2 camni,sb usia perkahwinn sy masih lg muda..tp sy pun punyai IMPIAN..=) impian yg mndapat berkat.. tp adakah impian itu akn mnjadi kenyataan? O Allah mudahkanlah pengembaraan kami...=') 

suami isteri ni kena igt..pengembaraan masih jauh lg..(bkn cam cite upin ipin tu ek,hehe) dan byk liku,"bersamalah" mengahadapinya,kerana..suami adalah ketua..isteri sebagai pembantu yg saling melengkapi..matlamat hanya boleh dicapai bila bersama mengharunginya..susah sangat klu suami ke utara tp isteri ke selatan..muafakat tu kan mmbawa berkat..nasihat ni utk diri sy jgk,tepuk sebelah tgn xkan berbunyi,right?korang testlah smpai tgn semut2 pn xkn bunyi =P~..(perumpaan je bkn penderaan) hee..

k lah korang,kali ni pndek je taw..hehe..sy doa agar "mahligai bahagia" kami bina ni kekal hingga jannatullah..ameen..doakan kami ye,smoga doa korang jgk diameenkn oleh malaikat utk diri korang jgk..
k chow! wassalam..=)



Terima Kasih

Sunday, 30 September 2012

Perkahwinan itu nikmat & rezqi drp Allah

Assalamualaikum wbt

Hello there!!! lame saya x blogwalking..adehh tersangat la lama,baru ni saya fikir nk post sumting yg simple2 je kot? hehe..korang ape kabar ek..smoga berada dalam lembayung rahmat Allah hendaknye..
banyak je cerita nak saya kongsikan ngn korang tp disebabkn keadaan membatasi saya hanya kongsikan ape yang terasa "o.k" je..fyi,saya dah 3bulan 15hari menjadi seorang "isteri" dan melayari bahtera rumah tangga dengan "imam" saya..banyak dan macam2 dugaan walaupun baru berusia muda perkahwinan kami..biasalah,masa kita single dlu pun dah mcam2 ujian kan..tapi apapun,ujian demi ujian tu mematangkan kami sebagai suami isteri..memperbaki kelemahan masing2 dan mengasah kelebihan masing2 jgk =) rindu pun ujian jgk,hehehe.. itulah jodoh kita yg Allah dah tetapkan di luh mahfuz sana yang berpuluh tahun kita tggu..dan ia pasti yang terbaik buat kita,serta belajar menghargai satu nikmat dan hadiah yg Allah kurniakan ni,yeah..belaajar2!..imamku cakap: "hari2 abang bangun pagi berazam untuk menjadi suami yang baik"..ya ALLAH!!! saya betul2 terkesan dgn ayat ni..='(

Perbezaan sekarang ialah even berat mana ujian yg tertimpa di alam rumahtangga,ingat! kita bukan sorang lagi,tp kita bersama suami/isteri kita..itulah jg kelebihan berkahwin selain mendamba redha Allah dan mengikut sunnah nabi saw,suami isteri sebenarnya saling memerlukan,cubit paha kanan terasa paha kiri,ya sb itulah komunikasi sbg suami isteri haruslah ada,dan keep in touch selalu dengan couple kita..nak masuk syurga sama2kan? klu isteri xlepas, si suami jgn lah harap lepas ke syurga..besarnye tanggungjawab sebagai suami dan imam! sbg isteri haruslah menitikberatkan hal ini,jgn pentingkan perasaan sndiri..penuhilah ilmu di dada,memang kita semua jahil,tp Allah dh sediakn jalan keluar utk itu..!

Perkahwinan ni bkn sekadar utk mesra2 atas katil je,tapi! untuk mencari redha Allah,wajib ke atas kita niat utama sebelum berkahwin bkn utk ini semata-mata! ye, tapi semata kerana redha Allah..! kita jangan selalu melawan suami,berapa banyak diantara kita yang mengatakan "bila kita tolak utk bersama suami kita ni dikira isteri yang jahat dan berdosa" tapi sedar x kita berapa banyak saham dosa yang kita topup dibelakang suami?mengaibkan suami sendiri? xtaat perintah suami? xdoakn si suami? muhasabah diri kita masing2..mohon ampun kpd Allah krn masih ada masa lg,n Allah tetap bagi kita masa n ruang untuk menjadi suami/isteri yg baik..kan? =) semua ni perlukan fasa demi fasa..ambil masa,jgn hiraukan cakap org sekeliling..

Selepas berkahwin,bagi perempuan suami adalah lebih "diutamakan" berbanding masa bujang dlu yg mana parents first,skang corak kehidpan dah brubh..=) "our husband first" sb dialah yang menanggung segala dosa2 kita..if kebaikan yg kita buat,berpahala jgk la suami kita..=)

perkahwinan ni akan melalui fasa2 yang berperigkat..jangan risau,sntiasalah doa kepd Allah supaya dikukuhkan kasih syg ke dalam hatinya utk kita dan mohonlah kebaikan utknye..if kita jatuh,bangkitlah semula..sebab hati kita ni Allah sahaja yg dapat menetap dan mengubahnya..kan? =) dan usahalah utk berfikiran positif even org dsekeliling kita banyak bercakap hal2 yg negatif..bila diuji,doalah byk2 pada Allah..bkn senang nk mmperoleh kebahagian sebenar..perkataan negatif ni kadang boleh rosakkan hati,btul x? bila fikir sgt perbuatan kita pun akan jdi negatif..huhu

Rahsia rumahtangga ni jgk jangnlah kita sering ceritakan kpd umum,bkn smua org leh masuk n faham apa yg kita luahkan,masalah rumatangga ni masalah pribadi,hanya kita n pasangan kita lebih tahu apa kita perlukan.. biarlah dselesaikan bersama pasangan kita,if ingin cerita biarlah pd org yg jujur dan amanah..yg penting doa kpd Allah supaya keadaan menjadi lebih baik..

Kahwin ni best tau! =) nak thu kenapa?? sb kita akan rasa happy lebih berganda  berbnding dulu..pastu keluarga kita pn semakin besar..Allahu..nikmat smua ni dengan 1 lafaz suci shj..solat pun bleh berjemaah n lg berganda saham pahala kita..getaran terasa..nikmat Allah janji selepas berkahwin..Rasulullah saw pernah bersabda : "solat 2 rakaat org yg sudah berkahwin adalah lebih baik" ok,kalu tiap2 hari berjemaah ngn suami ditambah bersalaman + senyum ngn suami kita..Allahu..byk bonus pahalaa yg kita dpt! even kita xsedari..bonus memang banyakkk sgt yg kita leh dapat bila berkahwin ni,tapi awas! harus dijaga,dosa jg mudah kita dpt jk trsalah langkah..mohonlah pd Allah agar djadikan kita n pasangan kita soleh n solehah..inilah titik permulaan utk mendapatkan zuriat yg soleh solehah jgk..ye mmg betul..kita yang mencorakkan anak2 kita kelak yg bakal menjadi mujahid/mujahidah/khalifah di muka bumi ni..

Apepun xrugi klu kahwin.ni nikmat Allah..ye nikmat yg Allah bagi,rezqi yg Allah bagi..janji Allah itu pasti..
saya sayang sangt suami saya,yang xdapat saya luahkan even 1 lautan saya coretkan utknye..=')
apabila terigt pada suami jgn lupa doakan dia,doalah walaupun bkn lepas solat pun ye..=)
selepas hujan Allah bagi pelangi,ape2 masalah pasti ada jalan kluarnye..perkahwinan ni bukan satu yg membebankan..ingat.....!

saya xboleh nk upload gambar khwin dalam blog ni sb saya xbuat private cam FB,jadi bahaya sgt klu saya letak,bkn xnak letak tp utk kebaikan semua pihak n mnjaga hati "pihak" lain..hehehe..ok mana yg baik amek iktibar yg buruk jadika sempadan (bkn iktibar ek yg kita selalu buat..hehe..)

p/s : azam nk jadi isteri yg baik,guna masa n pluang yg Allah beri..=)

wassalam..
Terima Kasih

Friday, 6 April 2012

Kesilapan Ibu Bapa mendidik anak-anak

Assalamualaikum.. saat ni sy nak share satu tips yg agk brguna,just copy from Fb..=)
 
Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
 * Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
 13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
 * Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

semoga kita berusaha kearahnya kelak,insyaAllah.. (n_n)"

Terima Kasih

Tuesday, 28 February 2012

Wanita itu..jika kau fahami..

Wanita Yang Baik utk Lelaki Yang Baik. Usaha Ke arah Kebaikan adalah JIHAD.

********************************

Wanita kau istimewa..
Sepahit mana dugaanmu..
Pasti kau relakannya..
Namun,keluhan jiwamu tiada siapa yg memahami..
Bangkitmu seperti rebahmu jua..

Wanita kau istimewa..
Maqammu tertinggi gaya akhlakmu..
Peliharalah maruahmu seperti nyawamu..
Hanya mujahid yg bersungguh menggenggammu..
Kurniaan Allah menyempurnakan hayatmu..

Wanita kau istimewa..
Bak mutiara di kedalaman lautan biru..
Tinggimu adalah terpuji..
Rendahmu adalah kecelaanmu..
Kalislah aljahim dengan ketaatanmu..

Wanita kau istimewa..
Kelembutanmu menghayun buaian bisa menggocang dunia..
Kau jua tunggak agama dan bangsa..
Keranamu lahirlah pejuang-pejuang Islam..
Keranamu tercipta sejarah agung serikandi Islam..


Wanita kau istimewa..
Dihati insan ketetapan buatmu..
Namun,sulamilah ia dengan penuh kasih sayang..
Duhai insan yang terpilih..
Hargailah kurniaan Allah kepadamu..

Wanita kau istimewa..
Terlalu istimewa dgn kesolehahanmu..
Solehahmu kerana si Solehmu jua..
Namun, si Soleh yang layak sahaja akan memetikmu..
Percayalah, Bersabarlah..Si Soleh itu pasti menjelma jua..

Nur ala Nur *29 Februari 2012.

Terima Kasih

Saturday, 21 January 2012

Kisah Zinnirah Srikandi Islam

Assalamualaikum wbt =)

Di malam yang hening ni,jam 2:35am masih sy xboleh lelapkan mata,jadi trfikir nk usha blog sy yg baru nak berhabuk ni,sejak dah buka skola agak bz,so kt rumah ialah masa utk rehatkan minda..2012 ni sy kena amek alih jawatan bendahari sekolah utk sementara waktu..komen sy mmg pening lah,sb pertama ialah sy xd pengalaman dalam pngurusan kwangan skola..sb masa kt sek men dulu sy amek aliran syariah,bkn akaun..smpai masuk U pn sy amek bidang pengajian islam gak,cume ade amek kursus tambahan iaitu kursus ekonomi..tp ekonomi mana ada belajar akaun kan..hihi..mmg agak peninglah..nak uruskn buku tunai,panjar wang runcit,cek,baucer tunai n fail2 yg berkaitan kewangan sekolah..kdg2 termissed kelas sb nk siapkn kewangan ni..sb kedua ialah dah lama btul sy xmain ngn byk2 nombor ni..haha..n ada perkataan yg sy xtahu tntang istilah yg dgunakn dlm pngurusan kewangan ni..sblum ni agak berat dgn jawatan ni,sb trfikir jadual waktu yg agak padat gak lah..tp tahun ni hanya trlampau padat pada p&p tahap 2..full ok,rabu till jumaat..haha..tu bila trpaksa wat masa ni mmg sy byk missed msuk kelas..cian kt student sy..sorry ye,tkut jgk la kan sb amanah..tp darurat sgt nk wat camne..bkn sengja pun..hehe..

ok malam ni sy terdetik nk search tntang nama2 serikandi islam..dan trjumpalah satu nama yg xasing lg bg kita,iaitu srikandi Zinnirah..yg mana kmpuln UNIC pernah wat tjuk nasyid mreka..Subhanallah..mmg Zinnirah seorang yg kuat pegangan aQidahnye even disiksa teruk oleh majikannye,sb dy jadi hamba abdi..sy pun nak menangis tym bc kisah beliau..sgt menyentuh hati..n trasa hati,sb betapa terukny diri sy ni..='( adakah sy mampu lakukan apa yg beliau lakukan jika saya diuji sebegini rupa utk meraih jannahNYA..='(..Zinnirah tetap dihati saya n sy akn igt tntang kisahnye..ya,Zinnirahh..nice name rite? =) brangan sat jd Ummu Zinnirah..ekekeke..jgn mrah ek,juz joke..=) syhhh..ok ni adalah kisah srikandi Zinnirah yg sgt menyentuh hati,sesekali bacalah n kaji tntang srikandi Islam ni korang,brbnding artis2 trnama..utk prigtn diri sy gak..=)


~Zinnirah by UNIC~
Kisah Zinnirah:

Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.



Besar pengorbanan Zinnirah ni kn,smoga Allah sentiasa merahmati beliau..wallahua'lam..=)
Terima Kasih

© By Nurhanis Kamarudin | Template Designed By Blog Bingkisan Hati